Sistem Pemarkahan

Isi Kandungan

Pengenalan

Sistem Pemarkahan merupakan sebuah sistem yang direka untuk memasukkan maklumat ringkas pelajar dan markah para pelajar untuk setiap ujian yang diadakan sepanjang tahun di sesebuah sekolah. Daripada markah yang dimasukkan, guru-guru tingkatan dan guru panitia boleh mendapatkan laporan-laporan seperti keseluruhan markah, analisis markah, analisis mata pelajaran dan slip keputusan individu bagi setiap pelajar dalam sekelip mata tanpa bersusah payah.

Sistem ini telah direka pada tahun 2001. Ia telah diuji dan diguna di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur sehingga sekarang. Setiap tahun sistem ini diubahsuai untuk memudahkan lagi kerja-kerja guru tingkatan dan beberapa ciri baru ditambah mengikut standard terkini Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

Pada tahun 2006 Sistem Pemarkahan telah diubahsuai untuk membuat laporan-laporan Head Count iaitu pelunjuran matapelajaran, pelunjuran kelas, graf prestasi pelajaran dan sebagainya. Laporan-laporan itu agak rumit dan sukar untuk dibuat lebih-lebih lagi jika anda membuat laporan itu secara manual. Sistem Pemarkahan telah memudahkan kerja-kerja anda. Guru tingkatan hanya perlu masukkan maklumat markah. Laporan-laporan lain di tangan anda selepas anda siap memasukkan maklumat tersebut. Kenapa anda perlu bersusah-payah menyediakan sesuatu bila ada sistem yang senang digunakan yang memudahkan kerja-kerja anda?

Kembali ke atas

Ciri-ciri Sistem Pemarkahan

Amat mudah digunakan (User Friendly)
Sistem Pemarkahan amat mudah digunakan oleh semua guru-guru tingkatan dan setiausaha peperiksaan sesebuah sekolah tanpa mengira kemahiran mereka dalam komputer. Guru-guru hanya perlu masukkan maklumat pelajar pada awal persekolah dan pilih matapelajaran untuk seseorang pelajar. Seterusnya, guru-guru tingkatan hanya perlu masukkan markah bagi pelajar-pelajar di dalam kelas mereka. Gred matapelajar akan dimasukkan secara otomatik oleh sistem pemarkahan. Selepas guru tingkatan memasukkan semua markah, guru tingkatan boleh mendapatkan Keseluruhan Markah, Analisis Markah bagi kelas itu dan Slip Keputusan Individu. Selepas semua guru tingkatan sudah memasukkan markah, setiausaha peperiksaan atau guru panitia boleh mendapatkan Analisis Markah Tingkatan, Analisis Matapelajaran dan sebagainya.

Dirangkaikan (Networked)
Sistem Pemarkahan boleh dirangkaikan (Networked) dan boleh diguna sehingga 50 komputer pada masa yang sama. Sistem Pemarkahan telah diuji dan diguna sehingga 20 komputer (di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman) tetapi ia mampu berfungsi dengan baik walaupun sedang digunakan oleh 50 buah komputer sekiranya pelayan (Server) menggunakan Sistem Operasi Microsoft Windows Server 2000 atau Microsoft Windows Server 2003.

Selamat (Secure)
Sistem Pemarkahan selamat di gunakan di mana-mana komputer di sesuatu sekolah termasuk Makmal Komputer. Ini kerana Sistem Pemarkahan menggunakan Sistem Login di mana guru-guru perlu masukkan Login dan katalaluan untuk memulakan proses kemasukkan markah. Oleh itu, para pelajar tidak dapat masuk ke dalam sistem ini walaupun mereka dapat mengakses sesuatu komputer tanpa memasukkan Login dan katalaluan daripada guru tingkatan.

Servis selepas beli
Selepas anda membeli Sistem Pemarkahan, kami akan memberi servis, membuat backup dan mengemaskinikan sistem setiap 3 bulan sekali untuk setahun. Ini akan memastikan, Sistem Pemarkahan sentiasa berfungsi dengan baik di dalam semua komputer dan ia mengikut standrad terkini Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran sesuatu negeri.

Kembali ke atas

Perkakasan dan perisian yang diperlukan

Perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk pelayan (Server)

  • Microsoft Windows 2000 Professional / Microsoft Windows XP Professional / Microsoft Windows Vista Business
  • Pentium 4 2.0 Ghz
  • 128 MB RAM
  • 100 MB ruang di cakera keras (Harddisk)
  • 10/100 Mbps kad rangkaian (Network Card)

Untuk prestasi yang baik dicadangkan pelayan dengan perisian dan perkakasan seperti berikut :

  • Microsoft Windows 2000 Server / Microsoft Windows 2003 Server
  • Pentium 4 3.0 Ghz
  • 512 MB RAM
  • 200 MB ruang di cakera keras (Harddisk)
  • 1 Gbps kad rangkaian (Network Card)

Perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk Client

  • Microsoft Windows 2000 Professional / Microsoft Windows XP Home / Microsoft Windows XP Professional / Microsoft Windows Vista
  • Pentium II 400 Mhz
  • 64 MB RAM
  • 50 MB ruang di cakera keras (Harddisk)
  • 10/100 Mbps kad rangkaian (Network Card)

Untuk prestasi yang baik dicadangkan client dengan perisian dan perkakasan seperti berikut :

  • Microsoft Windows 2000 Professional / Microsoft Windows XP Professional / Microsoft Windows Vista Business
  • Pentium 4 1.7 Ghz
  • 256 MB RAM
  • 100 MB ruang di cakera keras (Harddisk)

Perkakasan atau sistem configurasi lain yang diperlukan

  • 10/100 Mbps Network Switch / Hub
  • Pelayan dan Client di bawah workgroup atau domain yang sama.

Nota : Sistem Pemarkahan memerlukan Pelayan dan Client dirangkaikan supaya ia boleh digunakan oleh lebih daripada sebuah komputer. Sekiranya sekolah anda tidak mempunyai sebarang komputer yang dirangkaikan, kami boleh membuatkan rangkaian untuk pelayan dan 5 komputer lain secara percuma. Anda hanya perlu membeli perkakasan dan kable yang diperlukan atau kami boleh membeli semua perkakasan yang diperlukan dan anda hanya perlu membayar untuk perkakasan itu.

Kembali ke atas